Monday 11 July 2011

masa depan yang tak pasti

Hari ni aku nak update blog buat yang ketiga kali, haha. Aku just nak cerita pasal apa aku nak jadi lepas ni. Entahlah, aku pun tak tahu nak jadi apa, nak jadi lawyer?? -.- jauh sekali dalam diri aku ni nak jadi lawyer. Tak ada darah peguam langsung dalam keturunan aku ni termasuk belah mak and bapak aku. Keluarga belah mak aku terutamanya, kebanyakan diorang tak berpelajaran, bukannya nak kutuk atau kritik, tapi inilah realitinya. So dalam keluarga belah mak aku, aku satu satunya cucu sulung nenek aku yang dapat masuk u. Diorang selalu bagi harapan yang setinggi gunung kat aku, setiap kali aku nak balik ke sekolah tau kampus, nenek aku akan cakap " rul belajar elok elok ea, jadi orang yang berguna satu haru nanti" paling aku sedih sekali bila mak aku cakap pulak " abang belajar rajin rajin ea " mak ngan ayah tak pandai, mak tak boleh tolong sangat, abang belajar sendiri ea, mak hanya boleh tolong doa jea kejayaan abang, jangan hampakan mak ea" setiap kali mak aku cakap macam tu, dia akan nangis, mata dia akan merah, aku paham apa yang dia rasa, dia nak yang terbaik untuk satu satunya anak bujang dia, dia nak anaknya berjaya. Jujurlah aku cakap hati aku lembut, sensitif, aku memang tak boleh tengok perempuan nangis especially mak aku, aku tak nangis depan dia, aku pendam jea, bila nak tido, aku nangis puas puas kat dalam bilik aku. Buat pengetahuan pembaca sekalian aku menitiskan juga air mata masa aku buat blog ni. Tak dapat tahan perasaan ni, orang jawa cakap kememey. Tumpu pada point yang tadi, so agak susah lah aku untuk belajar, jujur aku cakap aku ni tak pandai, aku ni lembap. UPSR, PMR, SPM aku dapat ok pun sebab aku rajin balajar bukan sebab aku pandai. Aku kadang kadang jealous kot tgk orang lain, tak belajar pun, tido jea, last result exam gempak, erm maybe tu anugerah tuhan bagi kat dia. Berkait ngan masa depan aku pulak, jujur aku tak de guideline dalam keuaraga aku ni, tak macam member member aku yang lain, semua aku tanya ayah peguam, mak hakim, abang lecturer, mak saudara lawyerlah and macam macam lagilah. At least diorang adalah panduan nak buat apa lepas ni. Macam aku selalu blurrr, terpinga pinga tak tahu nak buat apa, aku cakap macam ni bukan aku tak bersyukur, cuma nak luah apa yang ada kat dalan hati aku ni. dalam keluarga just ada askar jelah. Tu pun diorang tak bagi aku jadi askar. Diorang suruh aku jadi selain jadi askar, tapi nak jadi apa??? Argggghhhhh, aku tak tahulah. Cuma sekarang ni aku risau pasal final exam je, aku risau tak lepas pointer, mana aku nak pergi? apa aku nak jadi? entahlah, sekarang ni aku juz follow the flow, hope semuanya berjalan lancarlah, pasal masa depan tu biarlah masa yang menentukan, kalau rezeki ada adalah, kalu tak ada tu try lah benda lain, mybe jual burger kot, manalah kita tahukan :) hehe, so sekarang aku just nak hayati zaman u aku sekarang ni, tak lama manapun 2 sem je, wassalam

Thursday 30 June 2011

aku rasa begitu terkilan sekali

Aku sebenarnya susah nak percaya kat someone, tak kisahlah siapa kawan ke sedara ke siapa siapalah senang cakap. Maksud aku susah nak percaya tu bukan aku ni prejudice kat someone tu cuma berhati hati je. Tapi entah cmne sejak aku masuk universiti ni , aku try nak ubah sifat aku ni, aku percayalah kat sorang kawan aku ni, aku anggap dye kawan baik aku, semua masalah aku cter kat dye, pasal awek lah apa lah. Seriously aku tak pernah langsung terfikir dye akan buat aku camtu. Tapi betullah orang cakap rambut sama hitam tapi hati lain lain. Aku percaya dia gila gila babi kot, last last aku diperbodohkan macam tu jea, aku tak kisahlah dye minat ke suka kat minah ni, cuma aku terkilan dye tipu aku je selama ni. Itu dah cukup dah untuk aku jadi pengajaran yang paling paling bermakna dalam hidup aku, yang kawan tak semestinya tak makan kawan. Mungkin ini satu ujian allah untuk aku, memahami realiti sebenar hidup di dunia ini, wassalam

Wednesday 1 June 2011

mencari detik detik indah

Salam khazanah alam kepada korang korang. Alhamdulilah akhirnya aku bergelar budak universiti, orang kampung aku pamggil mahasiswa je. Entah lah nak kata happy tak jugak, nak kata tah happy pun happy gak. Macam mak aku cakap r.. abang bukan semua orang dapat masuk universiti. Aku pun ye kan aje lah. Masalah aku sebenarnya aku tak tahu aku minat ape?, nak jadik ape? apa cita-cita aku?:((

Mintak masuk maktab nak jadik cikgu tak dapat. Memang frust gak r time tu. Nak nangis pun ada. Pastu mak aku cakap'' sabarlah abang mungkin tak de rezaki jadik cikgu tunggu upu dulu ea"" ermmmm aku pun tunggu r upu tu.

Laz laz tahniah anda berjaya melanjutkan pelajaran di UITM dalam jurusan asasi undang-undang == ''pulak dah'' aku tepuk dahi aku
.
Peguam tak pernah langsung terfikir dalam kepala otak aku ni. -.- errmmmm lama gak r aku fikir n bincang bincang ngan parentz aku. Diorang pun cakap carry on je r abang==... Aku pun layan je r.